WELCOME

HOME SWEET HOME

Khamis, 19 Ogos 2010

Kisah hiba di bulan mulia

Salam

Aku baru lepas suap anak2 makan, breakfast + lunch.
Pastu si kakak mintak nak makan kek besday dia yg ada belen lagi dalam peti.
Memang sedap kek ni kalau uols nak tau. Sangat2 berbaloi.
Tima kasih sngat2 kat cg nad n his wife, cg su sbb sudi terima tempahan aii ni..:)




Menarik sangat dari segi ropa dan rasa...
Alhamdulillah..



Tiba2, aku teringat satu kisah benar yang diceritakan seorang rakan..

Kisah seorang wanita dengan 3 orang anak perempuan yang masih kecik.
Entah macam mana (mungkin genetik kot), wanita ini diserang lumpuh seluruh anggota badan.
Langsung tidak boleh bergerak.
Suaminya tidak ambil peduli, dan kahwin lain.

Semua urusan rumah terbengkalai.
Aku tak pasti macam mana anak2nya mencari makan.
Mereka memang berasal dari keluarga yang susah.
Jadi tiada sanak saudara yang membantu.

Anaknya yg sulung, 9 tahun.
Membawa motor untuk menghantar adik2 atau ke kedai membeli barang.
Kisahnya diketahui umum, apabila si anak sulung, mengadu pada kawan2 di sekolah..
mereka tiada suatu apa pun untuk di makan di rumah..mereka sekeluarga kelaparann...

Barulah masyarakat sekeliling tahu kisah hidup mereka.
Kawan aku pun turut sama ke rumahnya.

Masyaallah..menitik air mata melihat keadaan mereka.
Rumah bersepah2 dan dalam keadaan yg sangat menyedihkan.
Anak2 terbiar sendiri untuk menguruskan diri.
Bayangkan keadaan apabila si ibu lumpuh.

Aku tersentak bila mendengar kisah ini.
Betapa aku harus sangat2 bersyukur dengan apa yg ada.
Sedangkan ramai yang ada di sekeliling ini..belum tentu makan minum mereka.
Aku berjanji sendiri..aku pasti akan melawat mereka suatu hari nanti..
Insyaallah..di bulan mulia ini.



 





6 ulasan:

kisahwanida berkata...

Bila kita rasa kita susah namun masih ramai yg kat luar sana lagi susah. Kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada. Belajarlah menghargainya.

Pergilah Sarid, jenguk mereka. kalau aku dekat pun sure aku pergi....

Sari berkata...

ya lah intan.
insyaallah, next week aku pegi..

MR berkata...

Sarid, aku yg baca pon tersentuh. rasa macam aku dulu masa kecik2 susah sgt dah. rupanya ada org lagi susah. paling kesian, ayah sendiri tak pedulikan diorang.

Sari berkata...

mr,
aku pun rasa camtu..rupanya ramai lagik yg lebih susah dr kita kan.
so, kita kena banyak2 bersyukurrr..
alhamdulillah

TopsyTurvyMum berkata...

kat tempat ko ke kisah ni Sarid?
kesiannyaaaa...
gi la jenguk nanti bagitau kdaan depa..cam aku bayangkan Adnan plak yg 9 tahun tu..huhuhu

Sari berkata...

nana..
haah, kat area sini jugak. nanti aku g jenguk..insyaallah..